Skip reservation widget

Find a Hotel

Where are you going?

 
 

*Best Price Guarantee
Rooms Adults (18+) Children
Room 2:
Room 3:
Room 4:
Room 5:
Room 6:
Room 7:
Room 8:
Room 9:

| More Options Less Options
Special Rates

* ID required at check-in

Close
Find it 
Close Form

Contact us

Call 1-800-4HONORS (+1-800-446-6677) 24 hours a day, 7 days for hotel reservations or any questions you may have. For international telephone numbers, click 'Get Support' below.

Get Support

Pernyataan Privasi Global Hilton Worldwide Holdings Inc.

Terakhir Dikemas Kini: 14 November 2017
Pernyataan privasi ini ("Pernyataan") diguna pakai kepada Hilton Worldwide, Inc. subsidiarinya dan semua hotel di bawah Portfolio Jenama Hilton (secara kolektif adalah "Hilton," "kami," atau "kita"). Di Hilton, kami berusaha sedaya upaya untuk menyampaikan produk, perkhidmatan dan pengalaman yang hebat di seluruh dunia. Kami menghargai perniagaan anda dan yang lebih penting, kesetiaan anda. Kami mengakui bahawa privasi adalah isu yang penting. Kami membangunkan Pernyataan ini untuk menerangkan amalan kami mengenai maklumat peribadi yang kami kumpulkan daripada anda atau mengenai anda di laman ini atau melalui aplikasi kami, melalui komunikasi bertulis atau lisan dengan kami, apabila anda melawat salah satu hartanah kami atau daripada sumber lain. Walaupun Pernyataan ini menerangkan secara umum mengenai amalan kami di Hilton seluruh dunia, sesetengah aktiviti pemprosesan kami mungkin terikat dengan sebahagian penetapan undang-undang dan bidang kuasa tempatan (contohnya, penetapan bidang kuasa yang meminta syarikat mengemukakan persetujuan afirmatif untuk menghantar mesej pemasaran). Oleh itu, amalan sebenar kami dalam bidang kuasa itu boleh menjadi lebih terhad daripada yang dinyatakan di sini bagi membolehkan kami mematuhi keperluan tempatan.

Dengan menggunakan mana-mana produk atau perkhidmatan kami dan/atau bersetuju dengan Pernyataan ini, cth., dalam konteks mendaftar bagi sebarang produk atau perkhidmatan kami, ia bermakna anda bersetuju dengan pengumpulan dan penggunaan Maklumat Peribadi seperti yang dinyatakan dalam Pernyataan ini.

Sila ambil perhatian bahawa Pernyataan ini tidak diguna pakai kepada pemprosesan maklumat peribadi kami bagi pihak dan tertakluk pada arahan pihak ketiga seperti syarikat penerbangan, syarikat kereta sewa dan pembekal perkhidmatan lain, syarikat yang menganjurkan atau menawarkan pakej pelancongan, rakan pemasaran atau pelanggan korporat.

Klik pada salah satu daripada pautan di bawah untuk terus ke bahagian yang tertentu:

Maklumat Peribadi yang Kami Kumpulkan

Di setiap titik sentuh atau interaksi tetamu dan dalam menjalankan setiap aspek perniagaan kami, kami mungkin mengumpulkan maklumat peribadi. Maklumat peribadi ini mungkin meliputi: maklumat hubungan anda; maklumat yang berkaitan dengan tempahan anda, penginapan atau lawatan ke hartanah; penyertaan keahlian atau program kesetiaan (termasuk kad bayaran jenama bersama Hilton atau program jenama bersama yang lain); penyertaan peraduan, cabutan bertuah atau program pemasaran (walaupun jika anda tidak menginap di salah sebuah hotel kami); maklumat berkaitan pembelian dan penerimaan produk atau perkhidmatan; ciri peribadi, kewarganegaraan, pendapatan, nombor pasport dan tarikh serta tempat dikeluarkan; sejarah perjalanan; maklumat bayaran seperti nombor kad bayaran anda dan maklumat kad lain serta juga pengesahan maklumat dan butiran bil dan akaun lain yang berkaitan dengan bil mudah alih; keutamaan tetamu; keutamaan pemasaran dan komunikasi; maklumat tentang kenderaan yang mungkin anda bawa ke hartanah kami; ulasan dan pendapat tentang Portfolio Jenama atau hartanah kami (jika ia dikenal pasti atau dikaitkan dengan anda); nombor gabungan bagi program penumpang pesawat kerap atau program rakan kongsi pelancongan berserta nombor ahli; hotel, penerbangan dan kereta sewa yang ditempah; kumpulan berkaitan bagi penginapan anda di hotel; maklumat yang diperlukan bagi keahlian dan akaun permohonan; jenis maklumat lain yang anda pilih untuk diberikan kepada kami atau yang boleh kami memperoleh mengenai anda.

Kami juga mungkin meminta butiran tentang pengembara bersama, termasuk nama dan nombor penumpang kerap mereka serta usia pemandu kereta sewa. Kami juga mungkin mengumpulkan maklumat yang berkaitan dengan perbualan termasuk merakamkan atau memantau panggilan khidmat pelanggan bagi tujuan jaminan kualiti dan latihan dan komunikasi lain, seperti mesej dalam aplikasi dan SMS.

Selain itu kami mengumpulkan maklumat peribadi lain dalam kes tertentu, seperti:

  • Penyertaan Hilton Honors: Apabila anda mendaftar dalam program Hilton Honors kami, anda akan menerima nombor Hilton Honors dan kami akan meminta anda mencipta ID pengguna dan kata laluan. Kami juga mengumpulkan maklumat untuk menjalankan program dan profil Hilton Honors, termasuk butiran transaksi dan surat-menyurat, serta menyediakan anda fungsi Aplikasi Hilton Honors kami (jika ada). Aplikasi Hilton Honors membolehkan anda melakukan perkara seperti menggunakan peranti mudah alih anda untuk mendaftar masuk, memilih bilik, menerima kunci bilik dan mendaftar keluar. Apabila anda menguruskan profil anda secara dalam talian, anda berpeluang untuk memberi maklumat tambahan seperti syarikat penerbangan pilihan anda serta nombor akaun program kesetiaan anda dengan mereka, keutamaan jenis bilik, keutamaan bahasa, akaun(-akaun) kad bayaran dan keutamaan langganan e-mel untuk menerima berita, tawaran dan maklumat daripada kami serta rakan kongsi kami. Selain itu, apabila anda membuat tempahan, termasuk Tempahan Ganjaran atau membeli Mata Hilton Honors dalam talian, kami mungkin meminta maklumat akaun tambahan yang khusus seperti nombor akaun korporat, kod kumpulan atau konvensyen, nombor ejen pelancongan atau nombor AAA. Jika anda memohon bagi kad bayaran atau akaun lain dengan salah satu rakan kongsi kami melalui salah satu iklan atau di hartanah kami, anda mungkin mempunyai pilihan untuk menambah maklumat ini secara automatik sebagai sebahagian daripada profil Hilton Honors anda.
  • Tinjauan: Kami mungkin meminta data demografi atau maklumat peribadi lain dalam tinjauan pelanggan.
  • Pengumpulan di Hartanah:  Kami mengumpulkan maklumat peribadi tambahan semasa pendaftaran/daftar masuk di hartanah kami, termasuk maklumat yang mungkin diperlukan oleh undang-undang tempatan. Kami juga mungkin menggunakan televisyen litar tertutup atau langkah keselamatan lain di hartanah kami yang mungkin menangkap atau merekodkan imej tetamu dan pelawat di kawasan awam serta maklumat yang berkaitan dengan lokasi anda semasa anda berada di hartanah kami (melalui kad kunci dan teknologi lain). Kami juga mungkin menggunakan televisyen litar tertutup dan teknologi lain yang merakam bunyi atau video demi melindungi kakitangan kami, tetamu dan pengunjung ke hartanah kami di mana dibenarkan oleh undang-undang. Selain itu, kami juga mungkin mengumpulkan maklumat peribadi berhubung perkhidmatan di hartanah seperti perkhidmatan kerja rencam, kelab kesihatan, spa, aktiviti, perkhidmatan jagaan kanak-kanak, sewa peralatan dan kefungsian Kunci Digital kami di Aplikasi Hilton Honors (di mana tersedia).
  • Profil Acara:  Sekiranya anda merancang untuk mengadakan acara dengan kami, kami mengumpulkan spesifikasi mesyuarat dan acara, tarikh acara, bilangan tetamu, butiran bilik tetamu, dan, untuk acara korporat, maklumat tentang organisasi anda (nama, bajet tahunan dan bilangan acara tajaan setahun). Kami juga mengumpulkan maklumat tentang tetamu yang merupakan sebahagian daripada kumpulan atau acara anda. Sekiranya anda melawat kami sebagai sebahagian daripada kumpulan, kami mungkin mempunyai maklumat peribadi mengenai anda yang diberikan kepada kami oleh kumpulan dan boleh memasarkan kepada anda hasil daripada penginapan anda dengan kumpulan atau kehadiran di suatu acara yang sesuai dengan keutamaan anda seperti yang dibenarkan oleh undang-undang. Sekiranya anda mengunjungi kami sebagai sebahagian daripada acara, kami mungkin berkongsi maklumat peribadi anda dengan perancang acara seperti yang dibenarkan oleh undang-undang. Sekiranya anda perancang acara, kami juga mungkin berkongsi maklumat tentang acara anda dengan pembekal perkhidmatan pihak ketiga yang juga mungkin akan memasarkan perkhidmatan acara kepada anda seperti yang dibenarkan oleh undang-undang.
  • Media Sosial: Sekiranya anda memilih untuk menyertai aktiviti atau penawaran media sosial tajaan Hilton, kami mungkin mengumpulkan maklumat tertentu daripada akaun media sosial anda yang sejajar dengan tetapan anda dalam perkhidmatan media sosial, seperti lokasi, daftar masuk, aktiviti, minat, foto, kemas kini status dan senarai rakan. Kami juga membenarkan anda menyertai pertandingan yang memerlukan gambar, seperti penginapan anda dengan kami, yang anda boleh berkongsi dengan hubungan anda pada media sosial untuk undi, tawaran berkongsi atau promosi lain.
  • Majukan kepada Rakan:  Dari semasa ke semasa, kami mungkin menawarkan ciri yang membolehkan anda menghantar poskad elektronik ataupun berkongsi mesej dengan rakan, sama ada melalui Internet, kios berdiri sendiri atau peranti mudah alih. Sekiranya anda memilih untuk berbuat demikian, kami akan meminta anda memberikan nama dan alamat e-mel penerima, bersama-sama dengan teks bagi sebarang mesej yang anda pilih untuk disertakan. Dengan menggunakan ciri ini, anda menggambarkan bahawa anda layak untuk menggunakan dan memberi kepada kami nama dan alamat e-mel penerima untuk tujuan ini.
  • Francais dan Pemilikan Peluang:  Jika anda berminat untuk mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai francais atau pemilikan peluang, kami mungkin mengumpulkan maklumat tentang anda untuk menilai kesesuaian anda untuk menjadi penerima francais atau pemilik. Kami mungkin menggabungkan maklumat yang anda berikan kepada kami dengan maklumat yang kami peroleh daripada pihak ketiga, seperti agensi pelaporan kredit dan pangkalan data rekod awam. Kami menggunakan maklumat ini untuk menjalankan usaha wajar ke atas penerima francais dan pemilik yang berpotensi.
  • Permohonan Pekerjaan:  Sekiranya anda memilih untuk memohon pekerjaan dengan Hilton secara dalam talian, sila lihat Notis Privasi Pemohon kami.
  • Pembekal WMBE:  Jika syarikat A.S. anda adalah Perusahaan Perniagaan Wanita/Minoriti yang berminat untuk menyertai Program Kepelbagaian Pembekal Hilton, anda boleh mengisi Borang Permohonan Profil Kepelbagaian Pembekal secara dalam talian. Sekiranya anda memilih untuk memohon, anda akan diminta memberikan maklumat tentang syarikat anda dan prinsipalnya, termasuk nama, alamat, alamat e-mel, kumpulan etnik serta nama dan alamat e-mel orang hubungan, nombor pengenalan cukai dan struktur perundangan syarikat, serta bukti pensijilan Perusahaan Perniagaan Wanita/Minoriti.

Selain daripada maklumat yang kami kumpul daripada anda secara langsung, kami juga mungkin menyimpulkan maklumat tentang anda berdasarkan maklumat yang anda berikan kepada kami atau daripada Maklumat Lain yang kami kumpulkan.

Kembali ke Atas



Maklumat Peribadi yang Kami Kumpulkan daripada Pihak Ketiga

Kami juga mungkin mengumpulkan maklumat tentang anda daripada pihak ketiga, termasuk maklumat daripada syarikat penerbangan kami, kad bayaran dan rakan kongsi lain termasuk Hilton Grand Vacations; daripada perkhidmatan media sosial anda yang konsisten dengan tetapan anda ke atas perkhidmatan itu; dan daripada sumber pihak ketiga lain yang layak mengikut undang-undang untuk berkongsi data anda dengan kami. Kami menggunakan dan berkongsi maklumat ini (mungkin akan melampirkan bersama maklumat lain yang kami peroleh dalam fail anda) bagi tujuan yang diterangkan dalam Pernyataan ini.

Kembali ke Atas



Penggunaan Maklumat Peribadi yang Dikumpulkan Tentang Anda

Kami menggunakan maklumat peribadi anda dalam beberapa cara, termasuk menyediakan dan mengkhususkan perkhidmatan yang anda minta dan jangkakan daripada Hilton, menawarkan hospitaliti di dalam bilik dan di seluruh hartanah kami mengikut tahap yang dijangkakan, mentadbir program Hilton Honors, menjalankan pemasaran langsung dan promosi jualan dan seperti yang diperincikan dengan lebih lanjut di bawah:

  • Ahli Hilton Honors: Jika anda ahli Hilton Honors, kami menggunakan maklumat anda untuk mentadbir program kesetiaan Hilton Honors, mengkhususkan pengalaman anda merentasi perkhidmatan dan aplikasi kami serta dalam kaitan dengan Aplikasi Hilton Honors dan fungsi Kunci Digital (jika ada).  Kami juga menggunakan maklumat anda untuk menyampaikan berita, promosi dan bahan transaksi merentasi semua rangkaian perkhidmatan Hilton yang berbeza dan untuk mengkhususkan iklan dan kandungan yang dihantar kepada anda secara dalam talian, e-mel, telefon mudah alih dan pengiklanan paparan serta juga di laman web dan aplikasi kami serta melalui pusat panggilan khidmat pelanggan kami mengikut sebarang keutamaan komunikasi yang anda telah nyatakan.
  • Pentadbiran Perkhidmatan: Kami menggunakan maklumat peribadi anda untuk mentadbir program yang anda sertai, termasuk menyediakan akses pada maklumat akaun anda seperti status ganjaran dan tawaran yang anda layak; untuk memenuhi perkhidmatan yang menjadi sebahagian daripada program itu; untuk membolehkan komunikasi langsung antara hartanah dalam Portfolio Jenama Hilton dan antara anda dengan Portfolio Jenama Hilton; dan untuk memudahkan kutipan.
  • Mesyuarat dan Perancangan Acara: Kami mungkin menggunakan maklumat peribadi anda untuk memberikan anda maklumat mengenai acara mesyuarat dan perancangan.
  • Pemasaran dan Komunikasi: Di mana dibenarkan oleh undang-undang, kami mungkin menggunakan maklumat peribadi anda untuk memberikan atau menawarkan anda surat berita, promosi dan rencana istimewa dan juga mesej pemasaran lain, mengikut sebarang keutamaan komunikasi yang anda sudah nyatakan. Kami menggunakan maklumat anda untuk menyediakan pesanan semasa penginapan, amaran akaun, pengesahan tempahan; untuk menghantar mesej pemasaran; dan untuk menjalankan kaji selidik, cabutan bertuah, cabutan hadiah, dan peraduan yang lain. Kami mungkin menyediakan komunikasi ini melalui e-mel, pengeposan surat, pengiklanan dalam talian, media sosial, telefon, mesej teks (termasuk SMS dan MMS), pemberitahuan tolakan (mesej pendek yang dipapar secara automatik), mesej dalam aplikasi dan sebagainya (termasuk mesej di hartanah, seperti televisyen di dalam bilik anda). Dengan persetujuan anda, kami juga menggunakan kandungan yang dijana pengguna (seperti gambar) daripada perkhidmatan media sosial untuk menyampaikan paparan iklan atau di laman web dan aplikasi kami. Kami juga mungkin mengumpulkan maklumat daripada kad bayaran anda yang boleh dilampirkan bersama maklumat peribadi anda dan digunakan oleh Hilton atau rakan perniagaannya untuk mengenal pasti jenis kad yang anda miliki, sama ada ia adalah kad jenama bersama Hilton dan/atau bank atau rangkaian kad dan terkini dan/atau untuk menghantar mesej pemasaran yang disasarkan berdasarkan kaedah pembayaran anda dan mengikut keutamaan komunikasi anda. Kami juga mungkin bekerjasama dengan pihak ketiga untuk mengetahui sama ada pengunjung laman web kami ditawarkan pemulangan tunai, berhubung kad bayaran mereka dan untuk menyampaikan pengiklanan pelawat dan maklumat yang menerangkan cara memanfaatkan tawaran melalui penginapan di hotel dalam rangkaian Portfolio Jenama Hilton.
  • Penambahbaikan Perkhidmatan: Kami mungkin menggunakan maklumat peribadi anda untuk meningkatkan perkhidmatan Hilton dan untuk memastikan laman web kami, produk dan perkhidmatan menarik minat anda. Kami juga menggunakan maklumat peribadi anda untuk memberikan anda perkhidmatan layanan dalam bilik yang dijangkakan dan di seluruh hartanah kami. Ini mungkin termasuk menyediakan anda dengan keupayaan untuk mengawal teknologi dalam bilik anda melalui laman web atau aplikasi kami pada peranti peribadi anda.
  • Program eFolio: Kami mungkin mendaftar anda dalam program eFolio kami dan menggunakan alamat e-mel anda untuk menghantar bil hotel anda melalui e-mel. Ia menjadi tanggungjawab anda untuk memastikan kami mempunyai alamat e-mel anda yang betul (dan e-mel keutamaan anda). Jika anda membuat tempahan untuk orang lain menggunakan alamat e-mel anda, eFolio orang itu akan dihantar ke alamat e-mel anda.
  • Pemeribadian, Analitis dan Ketepatan Data: Kami juga mungkin mengumpulkan maklumat peribadi anda dengan data daripada sumber pihak ketiga untuk tujuan kemas kini dan analitis data. Kami juga bergantung kepada maklumat daripada pihak ketiga untuk menyediakan perkhidmatan yang lebih baik dan lebih peribadi. Sebagai contoh, jika anda menghubungkan perkhidmatan media sosial anda atau akaun lain ke perkhidmatan kami, kami boleh menggunakan maklumat ini untuk menjadikan pengalaman anda dengan kami lebih peribadi dan sosial atau berkongsi dan menggunakannya seperti yang dijelaskan di bahagian lain dalam Pernyataan ini.
Kembali ke Atas



Maklumat Peribadi yang Kami Kongsi

Untuk menawarkan tahap hospitaliti yang dijangkakan kepada anda dan menyediakan anda perkhidmatan yang paling baik, kami mungkin berkongsi maklumat peribadi anda dalam kalangan Portfolio Jenama Hilton Worldwide, pembekal perkhidmatan kami dan pihak ketiga lain seperti yang diperincikan di bawah:

  • Portfolio Jenama Hilton, Termasuk Hotel Francais, Hotel Diurus, Pusat Peranginan Kongsi Masa dan Berperingkat:  Kami mungkin berkongsi maklumat peribadi anda dengan rangkaian Portfolio Jenama Hilton termasuk Hilton Grand Vacations, pemilik dan pengusaha hotel francais dan pemilik hotel yang kami uruskan tetapi tidak miliki dan Pusat Peranginan kongsi masa atau berperingkat yang boleh menggunakan maklumat peribadi anda secara individu atau bersama untuk menyediakan perkhidmatan, pengkhususan dan tujuan lain seperti yang dinyatakan di atas kepada anda. Selain itu, apabila kami berhenti menguruskan hotel yang kami tidak miliki atau menamatkan hubungan francais, kami mungkin memberi pemilik hotel maklumat tertentu tentang tetamu sebelum ini atau akan datang ke hotel itu.
  • Program Pengebilan Elektronik:  Jika anda menerima eFolio melalui e-mel (seperti yang dibincangkan di atas), ringkasan perincian barangan dan perkhidmatan yang diberikan kepada anda sepanjang penginapan anda akan dikongsi dengan pembekal kad bayaran dan, jika anda mengambil bahagian dalam program bil korporat dan menggunakan kad bayaran korporat, penyedia kad bayaran mungkin berkongsi ringkasan dengan majikan anda. Selain itu, jika anda mengambil pelan kadar istimewa, kami mungkin berkongsi senarai nombor Hilton Honors yang menggunakan pelan itu dengan entiti yang menyediakan pelan kadar istimewa kepada anda. Dasar privasi majikan anda, pembekal kad bayaran dan pengeluar kad yang berkaitan akan diguna pakai sebaik sahaja kami memindahkan maklumat anda.
  • Acara atau Mesyuarat Kumpulan:  Sekiranya anda mengunjungi Hilton sebagai sebahagian daripada acara atau mesyuarat berkumpulan, maklumat yang dikumpulkan untuk acara mesyuarat dan perancangan mungkin dikongsi dengan penganjur mesyuarat dan acara tersebut, dan, jika sesuai, tetamu yang menganjurkan atau menyertai mesyuarat atau acara itu.
  • Rakan Perniagaan:  Kami boleh bekerjasama dengan syarikat lain untuk menyediakan anda dengan produk, perkhidmatan, atau tawaran berdasarkan pengalaman anda di hartanah kami dan mungkin berkongsi maklumat anda dengan rakan perniagaan kami dengan sewajarnya. Sebagai contoh, kami mungkin membantu mengaturkan kereta sewa atau perkhidmatan lain daripada rakan perniagaan kami dan akan kongsi maklumat peribadi anda dengan rakan niaga kami bagi memberikan perkhidmatan berkenaan. Sekiranya anda ahli Hilton Honors, kami mungkin berkongsi maklumat peribadi anda dengan rakan perniagaan kami untuk memberikan anda kredit perbatuan atau manfaat lain yang diperoleh sepanjang penyertaan anda dalam program Hilton Honors. Kami juga mungkin berkongsi maklumat peribadi anda seperti alamat e-mel dengan rakan kongsi perjalanan korporat kami untuk membantu mereka menilai pematuhan dengan dasar pelancongan atau penyertaan dalam pelan kadar istimewa atau untuk melibatkan diri dalam pemasaran jenama bersama dengan rakan kongsi perjalanan korporat kami. Kami juga boleh bekerjasama dengan pihak ketiga, seperti rakan kongsi syarikat penerbangan dan kad bayaran kami, untuk membolehkan kami dan rakan kongsi kami menyampaikan iklan kepada pelanggan kami bersama. Rakan kongsi kami mungkin berupaya memberikan tawaran yang lebih relevan kepada anda, berdasarkan maklumat yang kami kongsi mengenai pengalaman anda di hartanah kami dan juga berdasarkan maklumat dalam profil Hilton Honors anda. Selain itu, kami mungkin membenarkan rakan kongsi pihak ketiga untuk mengenali anda apabila anda melawat laman web atau aplikasi rakan kongsi tersebut, atau untuk mengenali anda sebagai salah seorang pelanggan mereka apabila anda melawat laman web atau aplikasi Hilton supaya mereka boleh memberikan tawaran yang lebih relevan kepada anda. Kami mungkin berkongsi versi alamat e-mel yang anda yang lama dan diolah semula dengan pihak ketiga menggunakan langkah keselamatan yang tersedia yang mungkin memadankannya dengan alamat e-mel yang mereka yang lama tetapi telah diolah semula supaya pihak berkenaan dapat menghantar iklan dalam talian dan menghantar e-mel iklan kepada anda bagi pihak kami.
  • Penajaan Bersama Promosi:  Kami juga menaja bersama promosi, cabutan bertuah, cabutan hadiah, peraduan atau pertandingan dengan syarikat lain dan kami menyediakan hadiah untuk cabutan bertuah dan pertandingan yang ditaja oleh syarikat lain. Sekiranya anda memasuki salah satu cabutan bertuah atau peraduan ini, kami mungkin akan berkongsi maklumat anda dengan penaja bersama atau penaja pihak ketiga kami.
  • Perkhidmatan di Hartanah: Kami mungkin berkongsi maklumat peribadi dengan pembekal pihak ketiga perkhidmatan di hartanah seperti perkhidmatan rencam, rawatan spa, golf atau pengalaman menjamu selera.
  • Pembekal Perkhidmatan:  Kami bergantung kepada pihak ketiga untuk menyediakan perkhidmatan dan produk bagi pihak kami dan mungkin berkongsi maklumat peribadi anda dengan mereka yang berkenaan. Secara umum, pembekal perkhidmatan kami perlu mematuhi kontrak supaya melindungi maklumat peribadi anda dan mungkin secara lain menggunakan atau berkongsi maklumat peribadi anda, kecuali yang dikehendaki oleh undang-undang. Walau bagaimanapun, pembekal perkhidmatan yang mengesan penipuan boleh menggunakan, tetapi tidak berkongsi, maklumat peribadi anda bagi tujuan mengesan penipuan. Kami mungkin menggunakan pembekal perkhidmatan untuk menyampaikan berita, bahan promosi dan bahan transaksi kepada anda bagi pihak kami termasuk pengiklanan secara dalam talian dan telefon mudah alih yang diperibadikan mengikut keutamaan anda dan undang-undang yang berkuat kuasa. Sila lihat Pernyataan Kuki kami untuk maklumat lanjut. Hilton hanya akan bekerjasama dengan pihak yang menawarkan kaedah untuk tidak memilih pengiklanan tersebut. Kami juga boleh berkongsi maklumat dengan pembekal perkhidmatan untuk membolehkan anda membuat jadual perjalanan dengan memilih tapak, aktiviti, dan restoran daripada senarai yang kami peribadikan untuk anda berdasarkan pilihan anda dan data pihak ketiga.
  • Transaksi Perniagaan:  Apabila kami mengembangkan perniagaan, kami mungkin menjual, membeli, menyusun dan mengatur semula perniagaan atau aset, atau berhenti menjadi pengurus atau pemberi francais hotel yang pada masa ini adalah sebahagian daripada portfolio kami. Dalam situasi itu, Hilton boleh memindahkan, menjual atau memberikan maklumat yang dikumpulkan, memasukkan tanpa had Maklumat Lain (diperincikan di bawah) dan maklumat peribadi kepada satu atau lebih pihak ketiga gabungan atau bukan gabungan yang berkaitan dengan transaksi-transaksi perniagaan ini. Setakat yang diperlukan undang-undang tempatan, kami akan memberi notis mengenai tujuan kami untuk memindahkan data peribadi kepada pihak ketiga untuk tujuan ini, dan menjelaskan cara anda boleh membantah pemindahan sedemikian.
  • Telepemasaran:  Sekiranya anda menginap di salah satu hotel kami atau ahli Hilton Honors, kami mungkin akan berkongsi nombor telefon anda dalam kalangan rangkaian Portfolio Jenama Hilton. Ini termasuk Hilton Grand Vacations bagi tujuan telepemasaran mengikut keutamaan anda dan undang-undang yang berkuat kuasa. Kami juga mungkin akan menerima nombor telefon anda daripada rakan kongsi kami atau daripada sumber-sumber lain, yang mungkin kami gunakan untuk tujuan telepemasaran.
  • Lain-lain:  Selain itu, Hilton mungkin mendedahkan maklumat peribadi bagi: (i)mematuhi undang-undang yang berkenaan, (ii) memberi respons kepada pertanyaan atau permintaan kerajaan daripada pihak berkuasa awam, (iii) mematuhi proses perundangan yang sah, (iv) melindungi hak, privasi, keselamatan atau hartanah Hilton, pengunjung laman, tetamu, pekerja atau orang ramai, (v) membenarkan kami mendapatkan remedi yang tersedia atau mengehadkan kerosakan yang kami tanggung, (vi) menguatkuasakan terma dan syarat laman web kami dan (vii) bertindak balas terhadap kecemasan.
Kembali ke Atas



Maklumat Lain

Apabila anda mengunjungi dan berinteraksi dengan laman web dan aplikasi Hilton, kami mengumpulkan maklumat lain yang tiada kaitan langsung dengan penggunaan anda di laman web ini seperti katalog laman web yang anda lawati dan bilangan kunjungan anda ke laman web kami ("Maklumat Lain"). Kami menggunakan Maklumat Lain serta data yang diterima daripada pihak ketiga, untuk menyampaikan e-mel anda, iklan dalam talian (di laman web kami dan laman web lain) dan mudah alih. Kami juga mungkin menggunakan Maklumat Lain bagi membolehkan rakan kongsi pihak ketiga dapat mengenal pasti anda sebagai ahli Hilton Honors apabila anda mengunjungi laman web atau aplikasi rakan kongsi atau untuk mengenali anda sebagai salah seorang pelanggan mereka apabila anda mengunjungi laman web atau aplikasi Hilton supaya mereka dapat menyediakan tawaran yang lebih relevan kepada anda.

Kami menggunakan kuki dan teknologi lain (seperti "tag piksel", "laman isyarat," "GIF jelas", pautan dalam e-mel, JavaScript, peranti ID yang ditetapkan oleh Google atau Apple atau teknologi yang sama) untuk mengumpulkan maklumat ini. Jika anda ingin membuang atau menyekat Kuki daripada peranti anda pada bila-bila masa, anda boleh mengemas kini tetapan pelayar anda (sila rujuk menu "bantuan" pelayar anda cara membuang atau menyekat Kuki). Hilton tidak bertanggungjawab atas tetapan pelayar anda. Anda boleh mendapatkan arahan ringkas yang baik tentang cara menguruskan Kuki pada pelbagai jenis pelayar web yang berbeza di www.allaboutcookies.org. Makluman untuk Penduduk UK dan EEA: Jika anda berpangkalan di Eropah, anda juga boleh menyesuaikan keutamaan Kuki anda melalui Tetapan Kuki melalui Pengurus Persetujuan Kuki yang boleh didapati di sini: Keutamaan Kuki.

Anda boleh mengetahui lebih lanjut tentang pengiklanan berdasarkan minat dan memilih untuk menolak penggunaan Kuki oleh vendor dan pengiklan kami yang lain bagi menyesuaikan kandungan atau iklan kepada anda dengan mengunjungi http://www.networkadvertising.org/managing/opt_out.asp dan http://www.aboutads.info/choices.

Buat masa ini, kami tidak memberikan respons kepada isyarat Jangan Jejak atau mekanisme lain yang serupa.  Sila lihat Pernyataan Kuki kami untuk maklumat lanjut.

Kami mungkin menggunakan maklumat yang kami kumpulkan dan agregatkan, atau maklumat peribadi tanpa nama yang diterima daripada pihak ketiga, untuk memahami lebih lanjut mengenai pengguna kami (contohnya, kami mungkin menggunakan maklumat agregat untuk mengira peratusan pengguna kami yang mempunyai kod kawasan telefon tertentu). Ini termasuk data demografi seperti tarikh lahir, jantina dan status perkahwinan, kepentingan komersial yang disimpulkan, seperti produk kegemaran atau hobi, dan maklumat lain yang mungkin kami kumpulkan daripada anda atau pihak ketiga.

Oleh sebab Maklumat Lain tidak mengenal pasti anda secara peribadi, maklumat itu mungkin akan didedahkan bagi sebarang tujuan di mana dibenarkan oleh undang-undang.  Dalam sesetengah keadaan, kami mungkin menggabungkan Maklumat Lain dengan maklumat peribadi. Sekiranya kami menggabungkan mana-mana Maklumat Lain dengan maklumat peribadi, maklumat gabungan itu akan dikendalikan oleh kami sebagai maklumat peribadi menurut Pernyataan ini.

Kembali ke Atas



Maklumat Sensitif

Terma "maklumat sensitif" merujuk kepada maklumat yang berkaitan dengan kaum atau asal etnik anda, pandangan politik, agama atau pegangan falsafah, keahlian persatuan dagangan, kesihatan, kehidupan seks atau orientasi seksual, maklumat genetik, latar belakang jenayah dan juga sebarang data biometrik yang digunakan bagi tujuan pengenalan unik. Kami pada umumnya tidak mengumpulkan maklumat sensitif kecuali anda memberikannya secara sukarela. Kami mungkin menggunakan data kesihatan yang anda berikan untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik dan memenuhi keperluan tertentu kepada anda (sebagai contoh, penyediaan akses orang kurang upaya).

Kembali ke Atas



Maklumat Peribadi daripada Kanak-kanak

Kami secara sedar tidak mengumpulkan maklumat peribadi daripada individu yang berumur bawah 18 tahun. Sebagai ibu bapa atau penjaga yang sah, sila jangan benarkan anak anda menyerahkan maklumat peribadi tanpa kebenaran anda.

Kembali ke Atas



Perkhidmatan Mudah Alih dan Berasaskan Lokasi

Kami menyediakan aplikasi mudah alih yang boleh dimuat turun ke telefon pintar atau peranti mudah alih. Aplikasi ini mempunyai pelbagai fungsi yang meningkatkan pengalaman pelanggan. Selain daripada menyediakan perkhidmatan, aplikasi kami mungkin mengumpulkan maklumat peribadi dan Maklumat Lain yang akan digunakan menurut Pernyataan ini. Sebagai contoh, untuk menempah atau menukar tempahan, termasuk ganjaran penginapan, anda akan dikehendaki untuk menyediakan beberapa maklumat peribadi, seperti kelayakan Hilton Honors atau maklumat lain jika perlu. Kefungsian Kunci Digital kami dalam Aplikasi Hilton Honors mengumpulkan maklumat yang kami sudah ada tentang anda termasuk nombor Hilton Honors anda dan ID pengguna, maklumat tambahan, termasuk penggunaan kunci. Kami menyediakan pautan ke Pernyataan ini kepada pelanggan sebelum mereka memuat turun mana-mana aplikasi kami.

Jika anda membenarkan aplikasi mudah alih kami untuk mengakses maklumat lokasi pada peranti anda, aplikasi mudah alih kami boleh menggunakan teknologi peranti mudah alih Sistem Kedudukan Global (GP) dan teknologi lain (seperti pemancar wayarles dikenali sebagai isyarat) anda untuk menyediakan anda dengan maklumat dan tawaran berdasarkan kepada lokasi peranti anda. Isyarat membolehkan kami mengumpulkan maklumat mengenai lokasi anda dalam hotel yang mengambil bahagian melalui komunikasi dengan peranti mudah alih yang berada dalam julat. Kami mungkin menggunakan maklumat lokasi ini untuk meningkatkan pengalaman di hartanah anda dengan menyampaikan pemberitahuan tolak dan kandungan lain ke peranti mudah alih anda, menyediakan bantuan navigasi apabila anda bergerak di sekitar lokasi kami, dan menghantar maklumat dan menawarkan mengenai produk, perkhidmatan, atau aktiviti yang kami percaya mungkin menarik minat anda. Kami mungkin berkongsi maklumat ini dengan pihak ketiga, termasuk rakan niaga dan pembekal perkhidmatan, untuk memberikan maklumat, tawaran dan perkhidmatan yang mungkin menarik minat anda. Anda boleh mencegah atau mengehadkan pengumpulan maklumat lokasi dengan menukar tetapan dalam aplikasi Hilton Honors atau dengan menukar tetapan peranti anda.

Bagi sesetengah hartanah, kami juga menyediakan ciri "kerja rencam" sebenar atau secara maya yang dimuat terdahulu pada peranti milik Hilton atau boleh dimuat turun ke peranti telefon mudah alih anda yang boleh dipaparkan di web atau tersedia sebagai sebahagian daripada Aplikasi Hilton Honors. Sebagai contoh, anda boleh berkomunikasi secara langsung dengan hotel; menempah perkhidmatan dari hotel, seperti perkhidmatan bilik atau parkir valet; mengakses laman web kami; mengakses laman web pihak ketiga, termasuk tempat menarik tempatan dan media sosial; serta membuat tempahan. Hotel ini akan mengakses dan menggunakan maklumat peribadi anda (seperti nama, peringkat keahlian Hilton Honors, nombor pengesahan, tarikh daftar masuk dan keluar serta nombor bilik) dalam menyediakan perkhidmatan kerja rencam ini. Jika anda meminta komunikasi SMS (teks), anda akan diminta untuk memberikan nombor telefon dan pembawa. Kami juga boleh berkomunikasi dengan anda melalui aplikasi mesej digital pihak ketiga. Jika kami berbuat demikian, dasar privasi perkhidmatan tersebut diguna pakai.

Kembali ke Atas



Pautan ke Laman Web dan Perkhidmatan Pihak Ketiga

Laman dan aplikasi mudah alih kami mungkin mengandungi pautan ke laman web pihak ketiga. Sila ambil perhatian bahawa kami tidak bertanggungjawab atas pengumpulan, penggunaan, penyelenggaraan, perkongsian atau pendedahan data dan maklumat oleh pihak ketiga sedemikian. Sekiranya anda memberikan maklumat dan menggunakan laman pihak ketiga, dasar privasi dan terma perkhidmatan di laman tersebut diguna pakai. Kami menggalakkan anda membaca dasar privasi laman web yang anda lawati sebelum menyerahkan maklumat peribadi.

Hilton juga mungkin bekerjasama dengan bilangan pembekal Internet yang terhad untuk menawarkan akses Internet kepada tetamu kami. Penggunaan perkhidmatan Internet anda di hartanah adalah tertakluk pada terma penggunaan dan dasar privasi penyedia Internet pihak ketiga. Anda boleh mengakses terma dan dasar menggunakan pautan pada halaman perkhidmatan daftar masuk, atau dengan melayari laman web penyedia Internet ini.

Kembali ke Atas



Melindungi Maklumat Peribadi

Hilton akan mengambil langkah-langkah yang munasabah untuk: (i) melindungi maklumat peribadi daripada akses, pendedahan, pemindaan atau pemusnahan tanpa kebenaran, dan (ii) memastikan maklumat peribadi tepat dan terkini sewajarnya. Kami juga berusaha untuk meminta anggota gabungan dan pembekal perkhidmatan dengan siapa kami berkongsi maklumat peribadi agar melakukan usaha yang wajar bagi mengekalkan kerahsiaan maklumat peribadi tentang anda. Bagi transaksi dalam talian, kami menggunakan teknologi yang munasabah untuk melindungi maklumat peribadi yang anda hantar kepada kami melalui laman web kami. Namun, malangnya, tiada sistem keselamatan atau sistem penghantaran data melalui Internet yang boleh dijamin selamat sepenuhnya.

Jangan menghantar nombor kad bayaran atau sebarang maklumat sulit peribadi lain kepada kami melalui e-mel untuk perlindungan privasi anda sendiri.

Kami tidak akan menghubungi anda melalui mesej mudah alih/teks atau e-mel bagi meminta maklumat peribadi sulit atau butiran kad kredit anda. Kami hanya akan meminta butiran kad bayaran melalui telefon apabila anda menempah tempahan atau pakej promosi. Kami tidak akan menghubungi anda untuk meminta maklumat log masuk akaun Hilton Honors anda. Sekiranya anda menerima permintaan sebegini, anda tidak harus melayannya. Kami juga meminta anda agar memaklumkannya kepada kami di ISC@hilton.com.

Kembali ke Atas



Pemindahan Antarabangsa Maklumat Peribadi

Sebagai sebuah syarikat global, kami berusaha sedaya upaya untuk memberi anda tahap perkhidmatan yang sama yang anda jangkakan di Hilton tidak kira sama ada anda di San Francisco, London atau Tokyo. Bagi menyediakan perkhidmatan ini, anda mengakui bahawa kami boleh berkongsi maklumat peribadi anda dalam kalangan ahli Portfolio Jenama Hilton, pembekal perkhidmatan kami dan pihak ketiga lain yang mungkin terletak di luar daripada negara anda. Walaupun undang-undang perlindungan data di pelbagai negara mungkin berbeza dengan undang-undang di negara anda, kami akan mengambil langkah yang sesuai bagi memastikan maklumat peribadi anda dikendalikan seperti yang diterangkan dalam Pernyataan ini dan mengikut undang-undang.

Kembali ke Atas



Menukar dan Mengakses Maklumat Peribadi Anda

Sekiranya anda ahli Hilton Honors, maklumat yang anda berikan kepada kami pada masa pendaftaran mungkin diakses, disemak dan dikemas kini pada bila-bila masa dengan mendaftar masuk ke profil Hilton Honors anda.

Setakat yang dikehendaki oleh undang-undang berkenaan, anda boleh meminta kami memberitahu anda tentang maklumat peribadi anda yang kami selenggara untuk anda dan di mana bersesuaian, meminta supaya kami mengemas kini, membetulkan dan/atau memadam maklumat peribadi mengenai anda yang kami simpan dalam pangkalan data aktif kami. Kami akan melakukan semua kemas kini dan pengubahan yang dikehendaki dalam tempoh masa yang ditetapkan oleh undang-undang yang berkenaan dan, jika dibenarkan oleh undang-undang, mungkin mengenakan caj yang sewajarnya bagi menampung kos memenuhi permintaan tersebut. Permohonan tersebut boleh dibuat dengan menulis kepada customer_privacy@hilton.com atau Jabatan Privasi Pelanggan Hilton, 7930 Jones Branch Drive, McLean, VA 22102, AS. Bagi melindungi kerahsiaan anda, kami hanya boleh membalas permintaan sedemikian ke alamat e-mel yang anda daftarkan ataupun yang anda berikan secara lain kepada kami. Sila ingat bahawa sekiranya anda membuat permintaan sedemikian, kami mungkin tidak dapat memberi anda perkhidmatan dengan kualiti dan kepelbagaian yang sama dengan apa yang telah biasa anda terima.

Selain itu, dalam situasi tertentu berdasarkan pada undang-undang yang berkuat kuasa, anda boleh meminta supaya kami berhenti daripada berkongsi maklumat peribadi anda dengan rakan perniagaan kami atau bahawa Hilton berhenti menggunakan maklumat peribadi anda dengan menghubungi kami menggunakan e-mel atau alamat surat-menyurat di atas. Kami akan berusaha untuk memenuhi permintaan tersebut sejajar dengan undang-undang yang berkenaan.

Kembali ke Atas



Mengekalkan Maklumat Peribadi

Kami mengekalkan maklumat peribadi tentang anda selama tempoh yang perlu bagi memenuhi tujuan yang digariskan dalam Pernyataan ini, kecuali tempoh pengekalan yang lebih lama diperlukan atau dibenarkan oleh undang-undang yang berkenaan.

Kami akan memusnahkan maklumat peribadi anda seawal mungkin dalam cara yang maklumat boleh dipulihkan kembali atau distrukturkan semula.

Jika maklumat peribadi itu dicetak atas kertas, ia akan dimusnahkan dalam cara yang selamat, seperti menggunakan mesin pencencang atau membakar kertas dokumen atau secara lain dan jika disimpan dalam bentuk elektronik, ia akan dimusnahkan dengan cara teknikal untuk memastikan maklumat itu tidak boleh dipulihkan kembali atau distrukturkan semula pada masa kemudian.

Kembali ke Atas



Pilihan – Komunikasi Pemasaran

Jika anda telah memberikan kami maklumat hubungan (alamat surat-menyurat, nombor faks, alamat e-mel atau nombor telefon) anda, kami mungkin ingin memaklumkan anda mengikut keutamaan yang anda telah nyatakan, tentang produk dan perkhidmatan kami atau menjemput anda ke acara melalui e-mel, pengiklanan dalam talian, media sosial, telefon, mesej teks (termasuk SMS dan MMS), pemberitahuan tolak (mesej pendek yang dipapar secara automatik), amaran dalam aplikasi, surat-menyurat pos, pusat panggilan khidmat pelanggan kami dan cara lain (termasuk mesej di hartanah, seperti televisyen di dalam bilik anda).

Jika anda ahli Hilton Honors, anda boleh menukar komunikasi yang anda terima daripada kami dengan melakukan log masuk ke akaun dalam talian anda dan menguruskan langganan anda, dengan menulis surat kepada kami (dan memasukkan alamat e-mel anda) di Jabatan Privasi Pelanggan Hilton, 7930 Jones Branch Drive, McLean, VA 22102, AS.

Sekiranya anda lebih suka untuk tidak menerima bahan pemasaran e-mel daripada kami, anda boleh memilih untuk berhenti menerimanya pada bila-bila masa dengan menggunakan fungsi nyahlanggan dalam e-mel yang anda terima daripada kami atau dengan mengklik pautan ini: https://secure.hilton.com/en/hhonors/optout/unsubscribe.jhtml?listid=0. Permintaan ini mengambil masa sehingga sepuluh hari bekerja untuk efektif.

Untuk memilih keluar daripada mesej teks, beritahu kaunter hadapan hotel yang anda tidak mahu menerima mesej teks dari hotel atau membalas "BERHENTI" untuk mesej yang anda terima.

Untuk ditambah ke senarai dalaman tidak dipanggil Hilton, hantar mesej kepada customer_privacy@hilton.com.

Anda boleh mengawal sama ada aplikasi mudah alih kami menghantar pemberitahuan tolak dengan menukar tetapan pemberitahuan anda pada peranti mudah alih anda. Jika kami ada menghantar mesej dalam aplikasi anda, kami akan membolehkan kawalan baginya dalam tetapan aplikasi kami. Bagi maklumat lanjut mengenai kuki, pengiklanan berdasarkan minat dan untuk mempelajari tentang cara menguruskan teknologi-teknologi ini, sila lihat Pernyataan Kuki kami.

Pemberitahuan Khas untuk Penduduk California. Pelanggan individu yang tinggal di California dan sudah memberikan maklumat peribadi mereka kepada Portfolio Jenama Hilton boleh meminta maklumat tentang pendedahan kami mengenai kategori tertentu maklumat peribadi kepada pihak ketiga bagi tujuan pemasaran langsung mereka. Permintaan sedemikian mesti diserahkan kepada kami ke salah satu alamat berikut: CA_Privacy@Hilton.com atau Hilton, Inc., 7930 Jones Branch Drive, McLean, VA 22102, AS. Dalam masa tiga puluh hari selepas menerima permintaan sedemikian, kami akan memberikan senarai kategori maklumat peribadi yang didedahkan kepada pihak ketiga untuk tujuan pemasaran langsung pihak ketiga sepanjang tahun kalendar sebelumnya, berserta nama dan alamat pihak ketiga tersebut. Permintaan ini tidak boleh dibuat lebih daripada sekali bagi setiap tahun kalendar. Kami berhak untuk tidak membalas permintaan yang diserahkan ke alamat selain daripada alamat yang dinyatakan dalam perenggan ini.

Jika anda seorang pemastautin California di bawah umur 18 tahun, dan seorang pengguna berdaftar di sebarang laman yang mana dasar ini disiarkan, Perniagaan California dan Kod Profesion Seksyen 22581 membenarkan anda meminta dan mendapatkan pengeluaran kandungan atau maklumat yang anda siarkan secara umum. Untuk membuat sebarang permintaan, sila hantar e-mel dengan penerangan kandungan yang jelas atau maklumat khusus kepada CA_Privacy@Hilton.com. Sila ambil perhatian bahawa sebarang permintaan sedemikian tidak memastikan pengeluaran kandungan atau maklumat yang dimasukkan dikeluarkan sepenuhnya atau menyeluruh dan mungkin terdapat keadaan yang mana undang-undang tidak memerlukan atau membenarkan pengeluaran walaupun diminta.

Kembali ke Atas



Pengubahan Pernyataan

Kami mungkin mengubah Pernyataan ini dari semasa ke semasa. Apabila kami membuat perubahan ketara kepada Pernyataan ini kami akan menyiarkan pautan kepada Pernyataan yang disemak di halaman utama laman web kami, dan jika anda mendaftar untuk sebarang produk atau perkhidmatan, anda akan dimaklumkan melalui saluran komunikasi yang anda berikan. Anda boleh mengetahui bila Pernyataan ini terakhir dikemas kini dengan melihat pada pautan dan tarikh di bahagian atas Pernyataan. Sebarang perubahan kepada Pernyataan kami akan menjadi efektif sejurus selepas kami menyiarkan Pernyataan pindaan di laman kami. Penggunaan laman web ini, sebarang produk dan perkhidmatan kami, dan/atau memberi persetujuan kepada Pernyataan yang dikemas kini berikutan perubahan sedemikian merupakan penerimaan anda terhadap Pernyataan yang disemak semula yang berkuat kuasa pada masa itu.

Kembali ke Atas



Hubungi Kami

Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan tentang Pernyataan ini atau bagaimana Hilton memproses maklumat peribadi anda, sila hubungi kami melalui e-mel di customer_privacy@hilton.com atau dengan menghantarkan surat ke Jabatan Privasi Pelanggan Hilton, 7930 Jones Branch Drive, McLean, VA 22102, AS.

Kembali ke Atas



Penyemakan Pernyataan Privasi Hilton Seluruh Dunia

Seperti yang dinyatakan di atas, kami mungkin mengubah Pernyataan ini dari semasa ke semasa. Bagi membantu anda menjejak perubahan yang paling signifikan, kami akan menyertakan sejarah perubahan, di bawah, agar anda sedar akan perubahan terhadap Pernyataan kami.

Kemas Kini Terakhir: 14 November 2017

Perubahan 14 November 2017:

  • Maklumat dikemas kini untuk menerangkan kemungkinan cara pihak ketiga menggunakan (tetapi tidak berkongsi) maklumat peribadi anda bagi tujuan mengesan penipuan.
  • Maklumat dikemas kini supaya perubahan yang berlaku selari dengan struktur korporat kami, iaitu tambahan rangkaian Hilton Grand Vacations. Walaupun begitu, Hilton Grand Vacations masih berada di bawah Portfolio Jenama Hilton.
  • Penerangan tentang pengumpulan, penggunaan dan perkongsian maklumat peribadi anda mengikut undang-undang berkaitan.
  • Tambahan penerangan mengenai hak individu dalam bidang kuasa asing yang tertentu.